Isnin, 3 November 2014

BAJAU JADI SAMA

Sejarah Kesultanan Suluk kaitannya dengan pemilikkan  sebahagaian Negeri Sabah (Pantai Timur Sabah)>>>Tun Mustapha ada jawapannya, ketika menerima permintaan Tengku Abdul Rahman menubuhkan Negara Malaysia. Iaitu mengenai Sewaan Tanah (milik Kesultanan Suluk).

SABAH merdeka melalui penubuhan MALAYSIA pada 16 September, 1963 ketika itu penulis masih belum bersekolah........

                                                          (gambar sekadar Hiasan)

dan apabila SAID KERUAK menjadi ketua menteri SABAH......tertubuh lah
PSBB (Persatuan Sabah Bajau Bersatu) satu-satunya persatuan berbentuk menggunakan nama bangsa yang ada pada ketika itu.  SAID KERUAK bertindak sebagai Presiden. Bangsa bajau adalah penyokong kuat kerajaan yang bernaung dibawa parti USNO.

Setelah USNO dibubar semua bangsa bajau memasuki parti UMNO ketika PERDANA MENTERI
waktu itu Mahathir Mohamad bersetuju UMNO mengembangkan sayapnya di Negeri Sabah.  Jelas
sekali bangsa Bajau sehingga hari ini merupakan penyokong kuat kerajaan.  Bajau yang saya maksudkan ialah SAMA.  Sebaik Datuk Salleh bin Said Keruak menjadi Ketua Menteri Sabah dan
pada masa yang sama bapanya Said Keruak telah meninggal dunia.  Maka Datuk Salleh telah dilantik memimpin PSBB hingga lah ke hari ini.

Namun akibat bangsa bajau telah dicemari  oleh bangsa-bangsa lain menggunakan BAJAU
sebagai kepala bangsa.......seperti bajau-suluk dan lain-lain Datuk Hajiji Mohd Noor telah menubuhkan
Persatuan Anak-Anak Sama atau singkatannya (SAMA)......bagaimana pula bangsa SAMA mendapatkan nama itu berdasarkan cerita........apabila mereka terdampar dipinggir-pinggir pantai
KOTA BELUD........TUARAN........PAPAR......mereka adalah sama yakni serupa dan mereka sering menggunakan SAMA sebagai lambang IDENTITI MEREKA.

Saya mengambil kesempatan menulis cerita ini.........sementara penulis sekarang ini dalam perjalanan
ke LEMBAH DANUM.........dan saya memohon izin dari penulis memaparkan cerita ini kerana
penulis sendiri berbangsa SAMA.........walaupun mengikut moyang pertama penulis adalah berbangsa
ARAB........dan penulis adalah generasi yang ke EMPAT.......

BIAR PENULIS SENDIRI SAHAJA NANTI MENYAMBUNG CERITA INI TENTANG DIRINYA sebaik penulis pulang dari KEMBARA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan