Jumaat, 14 November 2014

MODAL NISAN BUKAN INSAN

Penulis amat minat dengan bunga.  Bah kata orang bunga adalah lambang kewanitaan.  Sebab itu
penulis minat dengan bunga.  Lelaki zaman ini menilai wanita sebagai mangsa.  Penulis tidak faham,
sungguh tidak faham.  Jika lelaki seperti itu sayang pada ibunya.  Kerana jiwa seorang ibu akan hancur apabila anak gadisnya diperdaya.  Bayangkan jika lelaki tadi juga mempunyai anak gadis dan diperdaya.....apa perasaan yang ada pada dirinya.  Bagaimana andai lelaki tadi melakukan pada anak
gadis orang lain pula?

Aneh....sungguh aneh sekali.  Jika lelaki seperti ini jadi MODAL INSAN  maka apa akan jadi selain
MODAL NISAN.  Ramai para bapa hari ini jadi MODAL NISAN demikian juga para pemimpin hari ini banyak jadi MODAL NISAN.  Penulis menulis sejujur hati.....kerana penulis amat mencintai wanita sebagai lambang keindahan dalam kehidupan.  Penulis berkecil hati bila lelaki lupa bahawa ibunya adalah tempat lahirnya.  Lalu isterinya tempat lahir anaknya.  Lalu diluar rumah dia cari perempuan jadi mangsa nafsunya.

Pemimpin hari ini akan mudah terjebak oleh perempuan daripada duit.  Penulis tak pernah takut meluahkan rasa sakit hati penulis demi meletakan KEBENARAN SEBAGAI PERJUANGAN TERAKHIR PENULIS SEBELUM KEMBALI KEPADA ALLAH.

Cakap tak serupa bikin......itu kebanyakan style pemimpin.  Depan rakyat berucap seperti alim ulama belakang rumah dia main CURI AYAM.....JANGAN TANYA PENULIS JIKA TIDAK FAHAM.
TANYA AYAM YANG KENA MAKAN......MASAK KARI.....MASAK KICAP......LAGI SEDAP KALAU KFC tak payah masak......boleh makan terus.

Suka main bantai (apa itu bantai) tanya dia orang.....dia orang yang buat.....dia orang yang tahu jawab...?,  Namun jangan salah faham.....atau sengaja tidak mahu faham.......? kalau anda tak makan lada......bagaimana anda rasa pedas......sedangkan ditangan anda ada gula batu.....jangan pula buat-buat tak tahu.

Bukan cari HAL.....bukan cari PASAL.......cari ASAL dan USUL.......? Dunia mana anda datang....
siapa IBU anda.....? siapa BAPA anda....?  tengok-tengok samakah dengan anda...? kalau tak sama tentu ada sebabnya.........kalau sama pun tentu ada betul atau salahnya...?

KEMBALI LAH KEPADA MODAL INSAN........jangan sampai nama mu terpahat pada NISAN
sebagai mati tanpa MODAL (bankrap).. CUKUP SAMPAI DI SINI SAYANG,,,,,RELAKAN PERPISAHAN INI......ini punya lagu sedap di dengar tapi tidak sedap perasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan