Jumaat, 14 November 2014

SIAPA SUARA

Hamba tiada sekolah.....hanya hamba pandai membaca..menulis...mengira....maklumlah orang susah
makan hari ini cari hari ini.....kalau esok tak dapat maka laparlah ( PUASA TAK SUNAT).  Nak membezakan yang itu dan ini pun kena tanya dekat orang.....barulah tahu.  Nak cari kawan untuk dapat ilmu paling tidak kita kena main......apa yang dia cakap sekadar buat kita jadi bodoh...?

Hamba hidup sebatang -kara.  Kalau orang cakap hamba gila.....tak apa.  Kalau orang cakap kita tak tahu apa-apa,,,,,,tak apa.  Kalau orang cakap kita macam-macam yang tidak baik.....tak apa..?  kata
SUARA itu terima saja lah....biar kita yang susah jangan orang pula yang susah kerana kita.  Hamba
buat blog hanya sekadar saja bagi orang yang mahu mengerti apa itu cakap benar...?  Kata SUARA jangan bikin-bikin cerita......kerana mahu sedap saja.

Selepas hamba memperkenalkan diri kepada pembaca......hamba tak nak buat komen lagi......kerana hamba fikir lain kawan fikir lain.  Mudah untuk mencari kelainan.....amat susah untuk mendapat persamaan (kesepakatan) memang sudah resam DUNIA (KEHIDUPAN).  Hamba selepas ini hanya mengatakan apa yang hamba fikir untuk membina kehidupan sebenar.  Kerana hamba sedar.....telah banyak yang palsu dalam pasaran ketika ini.   Biarkan mereka....jika mereka buat macam itu....kadang
kadang itu sebenarnya bukan diri mereka.....cuma cara mereka berfikir sebegitu.

Hamba SUARA hanya sekadar berbicara yang benar......biar apa pun penerimaan orang.  NABI
MOHAMAD RASULLAH  S.A.W. MENYIBARKAN AGAMA ALLAH......penuh dengan makian
dan caci-cerna......malah NABI sendiri diancam untuk dibunuh.  Kalau Nabi sendiri pun cuba melarikan diri dari musuh......siapa kita tak mahu lari......hamba paling takut hanya dengan seekor semut......jangan cakap pasal yang lain-lain..  Kerana MASYARAKAT SEMUT.....satu-satunya masyarakat yang sanggup sehidup semati (sepakat) .  Namun KEBENARAN YANG SEBENAR tidak boleh dipalsukan.

Ilmu hamba hanya sekadar untuk membina kehidupan sebagaimana diperintahkan oleh ALLAH....
hamba tidak punya ilmu seperti oarng berilmu....sebab itu kalau hamba bodoh pun hamba masih boleh berfikir.....hamba takut kalau hamba tidak mampu lagi berfikir.  Teguran hamba hanya pada
yang makan lada......jangan lah buat-buat pedas pula kalau anda makan gula.  Sebagai seorang yang
hamba anggap sebagai teman......dia adalah saudara hamba.  Sebagai seorang yang hamba anggap musuh hamba.....dia adalah sahabat hamba.  Kenapa dia jadi musuh hamba.....lantaran tiada sepakat
sebab itu andai kami sepakat dia adalah sahabat.

KHALID AL-WALID musuh ISLAM yang digeruni......akhirnya menjadi pejuang ISLAM yang digeruni.  BEGITU LAH SAHABAT......(RASULLAH ADA EMPAT ORANG SAHAJA SAHABAT)  KERANA BUKAN MUDAH NAK CARI SAHABAT.

selamat membaca dan jika hamba ada kelapangan hamba akan terus perkenalkan diri hamba. ...
maklum sajalah hamba ini hanya sekadar di bimbing oleh SUARA...tiadalah SUARA maka tiadalah hamba tahu apa-apa.  MAAFKAN HAMBA BILA TERLANJUR BICARA....KERANA ITU BUKAN KEHENDAK HAMBA.....ITU PUNYA SUARA.....KEMAAFAN INI BERLANJUTAN
SAMPAI BILA-BILA SELAMA MANA HAMBA BERBICARA DALAM BLOG INI.  MANA
LAH TAHU SAAT INI DAN BILA-BILA SAJA AJAL KITA DI TANGAN ALLAH.
NAMUN UNTUK BERHENTI BERCAKAP BENAR.....SUARA ITU TIDAK MENGIZINKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan