JOMO..............bermaksud orang
NANGKA........bermaksud bertahan atau tidak mengalah
SAMA..............Bangsa Bajau yang menduduki perkampongan sekitar Bukit Lemas.
SAMA Nangka merupakan satu-satunya bangsa yang menduduki perkampongan disekitar tasik dihadapan Bukit Lemas, Tasik ini amat luas dan diber nama Lok Nangka dalam Bahasa SAMA atau TASIK NANGKA dalam bahasa Melayu. SAMA Nangka merupakan satu bangsa yang banyak memiliki Ilmu Misteri yang luar biasa. Bukit Lemas yang diperintah oleh Raja Muhamad merupakan orang jelmaan dari Alam Ghaib. Bangsa SAMA yang menduduki perkampongan sekitar Tasik Nangka, banyak memiliki Ilmu Misteri yang mereka yakini diperolehi daripada Raja Muhamad.
Suatu ketika dahulu SAMA Nangka terkenal dengan segala Ilmu yang ada hubungkaitnya dengan kesakitan yang luar biasa. Ilmu SAMA Nangka Ilmu Serbaboleh......sebagai contoh antaranya Ilmu Lipat Bumi yang membolehkan pengamalnya pergi kemana sahaja yang dia mahu dalam sekelip mata..........walaupun dihujung dunia.
SAMA Nangka juga memiliki satu budaya yang dipanggil AJUNG. Budaya AJUNG merupakan budaya menghalau segala jenis MALAPETAKA yang mendatang. AJUNG dipempin oleh pelbagai jenis RAJA yang diperlukan dalam kehidupan manusia.
RAJA AJUNG........................raja segala raja
RAJA AIR..............................yang menguasai AIR
RAJA BUNGA.......................yang menguasai semua jenis tanaman yang menghasilkan buah.
RAJA EMBUN.......................yang menguasai keadaan cuaca....seperti ribut, hujan, angin dan lain
lain.
RAJA LAUT............................yang menguasai segala jenis kehidupan laut.
RAJA ROH..............................yang menguasai segala jenis kehidupan samada dilaut,,,,didarat atau
diudara dan alam ghaib.
Semua RAJA ini berfungsi dalam satu AJUNG. Antara zikit-zikir dan mantera yang mereka baca
laillah illah Muhamad Rasuillah....Allah maha kuasa Allah maha kaya.....selamat umat Mumahad...
selamat dunia akhirat,,,,,,Rahmat Muhamad....Berkat Allah.....lahilllah illah..
AJUNG.....bermaksud Junjungan penghormatan yang tertinggi. Bukit Lemas memiliki beberapa perkara misteri......seperti POKOK DALIT.....BATU BERPAGAR.......TEMBAGA.....EMAS.......
HARTA KARUN........MINYAK.......penulis akan certiakan perkara ini dalam tajuk LEGENDA BUKIT LEMAS dan SAMA.....yang penulis akan certiakan lebih terperinci. Namun sebelum itu
penulis akan bawa pembaca Merungkai SAMA NANGKA DAN AKHIR ZAMAN.......dalam tajuk selepas ini......ceritanya lebih panas dan penuh MITOS.........adakah cerita itu BENAR?.......sama-sama kita membacanya untuk mencungkil daya berfikir dan penghayatan.
Ada beberapa orang Amerka telah melawat Bukit Lemas Dan Misterinya Bangsa SAMA......yang dipercayai.......berketuruan campuran orang bunian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan