Hai anakku! Dirikan solat, suruhlah mengerjakan yang baik, tegahilah dari perbuatan buruk dan bersabarlah di atas (kesusahan) yang menimpa engkau, sesungguhnya yang demikian itu daripada perkara-perkara yang diperintahkan. Luqman mengingatkan anak-anaknya dalam Surah LUQMAN ayat 17.
Penulis amat terharu, apabila melihat ibu-ibu yang begitu rajin menghantar anak-anak mereka untuk belajar AGAMA termasuk mengaji dan mendirkan Solat. Namun yang menyedihkan kaum bapa-bapa pula seperti melepaskan batuk di tangga. Malah kadangkala mereka marah pada ibu-ibu tadi jika terlambat melayani kerenah mereka yang dibuat-buat itu. Yang paling tidak elok lagi apabila mereka menunjukkan sikap tidak elok dihadapan anak-anak.
Hai sekalian manusia! Bertakwalah kamu kepada Allah kamu dan takutilah (kedatangan) hari di mana seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan tidak juga seorang bapanya sedikit pun (yakin bapa pun tidak dapat menolong anaknya), sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka jangan sekali-kali kamu tertipu oleh kehidupan dunia (yakni yang mengasyikkan) dan jangan pula dengan sebab Allah kasihan kamu tertipu oleh (bisikkan) syaitan yang amat penipu - Luqman Ayat 33.
Penulis sengaja menuliskan dua ayat dari SURAH LUQMAN ini sebagai peringatan antara anak-anak dan kaum ibu-bapa...agar beringat bahawa DUNIA hari ini penuh dengan godaan dan cabaran
yang memaksa kaum ibu-bapa supaya sentiasa bersabar.
Penulis merasa bangga apabila melihat anak-anak hari ini ramai yang berminat dalam mencari ilmu yang bersifat ketuhanan dan keagamaan. Harapan penulis agar anak-anak ini dapat membantu kepada keseimbangan gelombang kehidupan masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan