Jumaat, 14 November 2014

BUKIT LEMAS DAN JOMO SAMA

Benarkah Bangsa Samah berasal dari INDONESIA? Atau sekadar MOITOS?  Dari sebuah Kitab lama #biarlahrahsia ditemui didasar laut dekat dengan BUKIT LEMAS tercatat nama beberapa orang PAHLAWAN #everythingrahsia antaranya sebagai wakil menentang ketinggian ILMU KEBATINAN luar biasa sebagai calon menjadi SUAMI kepada seorang PUTERI JELITA keturunan Majapahit. Pendekkan cerita keturunan inilah tersebar diserata pantai dengan hidupan sebagai NELAYAN sambil memiliki ILMU mengenai KUASA 4A (Angin, Api, Air dan Alam @ 7 ALAM) hingga ditakuti oleh Penjajah! Salah seorang dari Pahlawan ini diserang dengan BOM sehingga dianggap mati padahal masih HIDUP! Disinilah siapa Khalifah sebenarnya.........? Bukan Penulis! gambar hanya hiasan sebagai kiasan jalan cerita bermula.......


Selepas jajahan Jepun di NORTH BORNEO berakhir..Dalam sekitar tahun 1945.  Bukit Lemas didatangi oleh orang putih dari barat seramai 13 orang.  Mereka memasang satu alat yang dipanggil pemancar.  Kata mereka kepada JOMO SAMA yang turut mengiring mereka menunjuk jalan ke arah puncak bukit.  Seramai 5 orang SAMA mengikuti mereka hingga berjaya sampai ke puncak Bukit.

Di sanalah mereka memasang pemancar itu....untuk beberapa hari.  Tidak dimaklumkan dengan
terperinci berapa hari mereka berada di sana.  Namun apabila mereka kembali pulang....seorang
diantara mereka tiada ikut serta.  Lalu mereka berpatah balik mencari......namun tidak ditemui hingga
lah ke hari ini.

Mengikut maklumat......yang mereka sampaikan.....samada itu benar atau tidak.....atau lebih dari
kebenaran  Terdapat......MINYAK.....SARANG BURUNG.......EMAS........TEMBAGA....HARTA
KARUN.......DAN MATA AIR YANG SEMEMANGNYA HINGGA HARI INI PUN MATA AIR
ITU MASIH ADA.

Biarpun kemarau bertahun-tahun.  Namun AIR tetap akan keluar dengan kuat dari dalam BUKIT LEMAS.  Air itu akan bertekong di dalam telaga yang dipagari oleh tiang-tiang batu sebesar pemeluk
seorang lelaki berbadan besar.  Siapakah yang membina pagar itu tidak diketahui. Dari sana terbina
AIR TERJUN yang airnya amat dingin.  Pada zaman itu tempat ini menjadi tempat pertapahan (Beramal) segala macam jenis ilmu.   Antaranya ILMU PENGUBATAN......kerana zaman itu....mana
ada HOSPITAL atau Rumah Sakit.

AIR TERJUN itu masih ada hingga hari ini.  Semantara KOLAM atau TELAGA itu adalah dijadikan
sumber AIR MINUM penduduk kampong sekitar dasar bukit.  Kerajaan telah membina tangki besar untuk menyalurkan air yang dilepaskan dari tadahan.....sebelum dibekalkan untuk kegunaan orang
kampong. Air itu dipercayai mengalir dari GUNUNG KINABALU melalui sungai bawah tanah yang
terus mengalir hingga ke GUA AIR JERNIH di Sarawak.  Dan dunia mentakrifkan sebagai SUNGAI JERNIH bawah tanah terpanjang DUNIA.

Nun jauh di Laut Cina Selatan Minyak dari Bukit Lemas disedut keluar...(maaf cerita mengenainya
tidak diizinkan).  Di Bukit Lemas juga dipercayai ada GUA BESAR yang di jaga oleh SEEKOR ULAR BESAR yang menyerupai NAGA.  seterusnya menjaga segala KHAZANA YANG BERADA
di Bukit Lemas.  JOMO SAMA......amat takut menyebarkan cerita ini.....kerana mereka percaya akan terjadinya mala-petraka.  RAJA MUHAMAD yang memerintah Bukit Lemas memiliki pengikut yang ramai dialam ghaib.  Mereka sering berzikir dan berwirid beramai-ramai dekat AIR TERJUN hingga kedengaran oleh penduduk kampong.

Maklumat masa kini penulis menyaksi sendiri beberapa orang dari Korea dan Jepun datang ke Bukit Lemas dengan membawa bersama mereka KAMERA yang penulis anggap cuikup canggih.

Andainya mendapat keizinan SUARA penulis akan menyambung lagi cerita ini pada episod akan datang untuk lebih jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan