Dengan duit hanya 20 sen belanja sekolah penulis masih boleh menabung 10 sen...kerana apa.......?
penulis ada matlamat. Namun anak-anak zaman kini seperti tiada matlamat dalam hidup. Semua asyik-asyik mengharap ibu-bapa. Biar banyak mana duit belanja sekolah diberi......tetap masih tak cukup.....jangan haraplah nak menabung..?
Pada zaman penulis......memang kurangnya hiburan. Maka penulis berazam ingin memiliki sebuah radio biar pun kecil. Terfikir lah bagi penulis menabung tanpa meminta dari nenek mahupun atuk.
Jika penulis minta sekali pun pasti atuk bagi,,,,,,,kerana penulis amat disayangi. Namun penulis tidak suka ambil kesemnpatan.......sebagaimana tabiat anak-anak zaman sekarang. Dengan tabungan hanya
10 sen sehari (itu pun hanya hari sekolah) akhirnya penulis berjaya mendapatkan sebuah radio.
Begitu lah bak kata PAKAR MOTIVASI........JIKA ADA MATLAMAT mungkin lebih kurang PERINSIP dalam hidup.....pasti anda berjaya. Namun hari ini kebanyakan manusia berlumba-lumba mencapai kejayaan namun tiada perinsip (sedang Negara kita pun ada perinsip). Apa yang penulis tahu hanya satu perinsip - HUTANG BERHUTANG.......tapi bagi penulis ini bukan perinsip tapi
tabiat. Tabiat sesuatu yang mudah dibuat......ada orang tidak suka berhutang.....tapi kalau kita bagi hutang dia mahu juga.
Seingat penulis....dulu atuk dan nenek tiada buku akaun.....tiada juga buku hutang. Ada duit simpan dalam bantal (BANK ORANG LAMA),,,namun hidup mereka cukup gembira dan bahagia. Air paip tak ada.....lampu letrik tak ada.......hospital pun tak ada. Tapi mereka sihat-walafiat. Kini ada air paip
ada lampu letrik.....ada hospital canggih.....Namun banyak juga penyakit yang lebih canggih.....hingga
tiada ubat boleh mengubat. Makanan orang dulu tidak sesedap zaman ini.....seperti juga sesedapnya
rasa sakit dengan penyakit. Walau makanan tidak sedap namun badan sihat.....itu lah orang dulu.
APA SEBABNYA......? ADAKAH PENYAKIT ITU MEMANG SUDAH ADA...ATAU KITA ORANG YANG CARI PENYAKIT....? TRY TO BE.......AN OLD FASHION....OLD STYLE OF
LIFE.......BUT DON'T FORGET WHAT YOU HAVE NOW........JUST TRY......?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan