Sejak1945 selepas berakhirnya penjajahan Jepun ke atas Negeri Sabah (North Borneo). orang SAMA mula berkumpul semula dengan membangunkan bangsa SAMA yang telah berpecah belah kerana menyelamatkan diri dari cengkaman jajahan Jepun. Antara pejuang SAMA yang namanya
tidak dimasukan dalam buku sejarah ialah......Datu Hj. Salam......yang orang SAMA yakin belum mati tapi menhilangkan diri hingga kehari ini.......dengan kata-kata akhirnya.......Jika terjadi sebarang malapetaka.......jangan lupa sebut akan namanya........dan hendaklah berkumpul didalam MASJID.Kebanyakan orang SAMA lebih awal lagi telah pun mencetuskan cerita tentang kebangkitan MAHDI (Pemimpin #akhirzaman)......dan tanda-tanda mengenai dirinya dalam serangkap puisi SAMA
batu teah sepak penurun
kayu teah tindak ni uruk
rumput tak lahan beno ngarip
maku izin pelimpas
ngarip dikit iisi ni eko
ilmu daras jasad niah tekito
semimon ni alap....niah teroso
yoh nu kono ni agad-agad
nunduk lahan meh akhirat.
Maksudnya......lebih kurang ada seorang hamba ALLAH yang cukup baik,...berilmu....dan luarbiasa
akan datang memimpin Bangsa SAMA pada akhir zaman yang amat disegani dan dihormati. Pada ketika itu bangsa SAMA dalam keadaan terbiar dan hilang pedoman.
Bila kita melihat pada keadaan hari ini......bukan sahaja bangsa SAMA telah hilang pedoman dalam meneruskan kehidupan.......malah bangsa-bangsa lain juga dalam keadaan sedemikian. Kekhuatiran ini telah menjadi topik perbincangan setaip hari dikalangan bangsa SAMA.
Desas-desus kebangkitan Mahadi telah lama diceritanya oleh orang-orang tua bermula sejak 1980an.
dan mereka yakin ianya amat hampir kepada mereka (bangsa SAMA). Diantara Bukit Lemas dan Gunung Kinabalu.........Mahadi akan bangkit diantaranya. Gunung Kinabalu banyak MITOSnya demikian juga Bukit Lemas yang dipercayai mempunyai SARANG BURUNG dan gua-gua rahsia
yang pintu masuknya menghadap Laut Cina Selatan. Bukit Lemas pernah didatangi oleh beberapa saintis dari barat (seramai 13 orang) dan satu orang daripadanya tidak ditemui hingga kehari ini. Para
saintis ini telah memasang radar pemancar dipunca bukit......dan mendapati yang Bukit Lemas memiliki harta karun dan emas.
MITOS BUKIT LEMAS amat menarik kerana ianya mempunyai pemerintah seperti RAJA MUHAMAD yang mengurus segala khazana di Bukit Lemas.......sebab itu mereka amat yakin seorang pemimpin akan muncul satu hari nanti yang menyatukan bangsa SAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan