Selasa, 30 Disember 2014

2015 bermulanya akhir zaman

Esok tahun 2015, Mansor mengingatkan saya "sebagai sahabat, aku memberitahu akan engkau, bahawa esok bermulanya hari Akhir Zaman, sekali lagi aku merayu kepada engkau agar berhenti
menulis blog, tumpuhkan tenaga dan masa mu di luar sini (dunia nyata).  Demikian Mansor benar-benar meminta agar saya tidak lagi menulis blog yang dianggapnya sebagai tiada memberi sebarang faedah.  Sedangkan di dunia nyata banyak lagi urusan Allah yang harus diberi keutamaan.

Pada teman-teman seperjuangan, setelah sekian lama saya bersama anda, demikian juga para pembaca dan pengikut, saya memohon maaf atas segala tutur bahasa yang tidak sopan menyentuh hati nurani saudara.  Sebagaimana Mansor berkata......"ingatlah oleh kamu, apabila manusia sudah
tidak takut, lalu mempermainkan FIRMAN ALLAH, itu adalah tanda-tanda dunia sudah tidak selamat lagi bagi mereka.  Ada sebahagian dari mereka menggunakan FIRMAN ALLAH untuk
berkata-kata (berucap) padahal mereka sedikit pun tidak mengamalkanya.  Malah mereka tetap
dengan bangga menyatakan itu sebagai perkara biasa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan